Ali r.a. meriwayatkan sebagai
berikut:
Saya bersama Fatimah berkunjung
kerumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada
beliau, “mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “pada malam
aku di Isra’kan kelangit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai
penyeksaan… maka bila teringatkan mereka aku menangis.” Saya bertanya
lagi,”wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?
Beliau bersabda:
·
Wanita
yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
·
Wanita
yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya
sedangkan air yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
·
Wanita
yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah
kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
·
Wanita
yang digantung , diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya
serta dibelit dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.
·
Wanita
yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala
dengan hebatnya.
·
Wanita
yang memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka.
·
Wanita
yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
·
Wanita
yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari
rongga badannya (hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk akibat penyakit
kulit dan lepra.
·
Wanita
yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis
seksaan.
Maka berdirilah Fatimah seraya
berkata, “Wahai
ayahku, cahaya mata kesayanganku… ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan
wanita2 itu.”
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Wahai Fatimah, adapun tentang :
·
Wanita
yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab)
dikalangan lelaki.
·
Wanita
yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata
Kemudian Nabi s.a.w bersabda: “Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui
kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70
zira’ kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.”
·
Adapun
wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain
tanpa izin suaminya.
·
Adapun
wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa
izin suaminya, tidak mandi wajib dari haidh & nifas.
·
Adapun
wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki
lain serta suka membicarakan keaiban orang.
·
Adapun
wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia
suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan
maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya
kerana melihat perhiasannya.
·
Adapun
wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya &
dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat &
puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi
wajib.
·
Adapun
wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti keldai kerana
dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan org) serta berdusta.
·
Adapun
wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka
marah-marah pada suaminya.
Dan ada diantara isteri nabi-nabi
yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk.
Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat
buruk mereka:
- Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.
- Isteri Nabi Lut suka bertandang ke rumah orang.
Semoga Allah beri kita kekuatan
untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa
takut atau rasa perlu berubah… maka kita kena khuatir .Takut kita tergolong dlm
mereka yg tidak diberi petunjuk oleh Allah.