Hari ni semak keputusan permohonan pertukaran guru...Suami tak dapat tukar balik Kelantan...isk..isk..sedihnya..Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya..Khidmat dan dakwahnya sebagai khalifah Allah masih diperlukan di Darul Ridzuan ini...
Kepada yang diluluskan pertukarannya...Alhamdulillah danTahniah... Berbaktilah walau dimana kita berada di bumi Allah ini...
Minatku...Cintaku...Kasihku...
Followers
Wednesday, 26 June 2013
PEMBEDAHAN TONSIL PART 1
ASSALAMUALAIKUM..W.B.T..
Alhamdulillah..akhirnya Allah beri juga kesempatan utuk umi berkongsi serba sedikit pengalaman tentang pembedahan tonsil Kakak.
Macamana tau Kakak ni ada bengkak tonsil? Soalan-soalan inilah yang kerap ditanya pada umi..Sejak kecil lagi Kakak selalu demam..pergi klinik..makan ubat..pastu sembuh.. Bagi umi itu satu fenomena biasa la kan..sampailah umur dia 5 tahun..Kakak demam lama sangat..pergi ke klinik..doktor check dalam tekak.. katanya tonsil dia bengkak..doktor bagi ubat PROLASE..katanya untuk kecutkan bengkak...pastu demam pun o.k.. sebulan sekali mesti demam..kerap juga la dia absent sekolah..time demam mesti dia mengadu tekaknya sakit..sepanjang tu jugak lah umi bekalkan dia bubur nasi..
Disebabkan selalu sangat demam dan sakit tekak..umi bawa Kakak ke hospital pulak..doktor bagi ubat yang sama jugak... Lepas tu umi bawa ke klinik swasta plak..doktor tanya ubat apa biasa makan..umi jawab la..PROLASE..doktor tu jawab..kali ni kita bagi PAPASE plak.. fungsinya sama jer..umi yang tak tau apa2 ikut je la arahan doktor...
Tahun berganti tahun...Kakak demam lagi...kebetulan time cuti sekolah..sudah menjadi rutin,,cuti sekolah mesti balik kampung kat Kelantan.. Kami pun bawa Kakak ke HUSM Kubang Kerian..Doktor cakap besar jugak bengkak tonsil.. doktor bagi ubat PROLASE lagi..
Demam tidak sekerap dulu..Pemakanan kena jaga..makanan pedas,berempah kena elakkan....Kakak pun boleh mengikuti pembelajaran di prasekolah dengan "tenang"...tiba Hari Graduasi Prasekolah 2012...kakak diumumkan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan..Alhamdulillah...
2013...bermula segalanya...Kakak demam lagi...umi tergerak hati nak check tonsil ditekaknya..Umi tengok bengkaknya berketul-ketul..kali ni umi dah tak nak bawa Kakak ke klinik lagi..umi bagi minum air asam jawa, air buah kembang semangkuk dan juga air barli untuk menyejukkan badan..Alhamdulillah...demamnya kebah..
Umi dan suami dah plan cuti sekolah bulan Mac kami akan bawa Kakak ke hospital untuk rawatan lanjut..Apa ceritanya...nantikan sambungan yee..InsyaAllah...

SYAABAN...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..
Di sini umi kongsikan info dari website Pusat Zakat Negeri Sembilan..Semoga kita sama-sama dapat manfaat darinya..
Di sini umi kongsikan info dari website Pusat Zakat Negeri Sembilan..Semoga kita sama-sama dapat manfaat darinya..
SYAABAN DAN MALAM NISFU SYAABAN
"Barangsiapa menghendaki ganjaran / pahala akhirat, maka Kami tambahkan pahala kepadanya dan barangsiapa menghendaki pahala / balasan di dunia maka akan Kami beri bahagiannya di dunia akan tetapi jika tidak mendapat bahagian di akhirat kelak." Surah Asy Syuura ayat 19-20.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu seperti keutamaan saya di atas semua nabi dan keutamaan bulan Ramadan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah di atas semua hamba-Nya." Al Hadis ini disahihkan dari beberapa riwayat hadis.
Sebagaimana firman Allah SWT : "Dan Dia Allah memilih, tidak ada hak mereka untuk memilih." Kerana Nabi Muhammad SAW mengerjakan puasa di bulan Syaaban sepenuhnya (sebulan penuh) dan baginda bersabda, maksudnya : "Allah telah menerima semua amalan para hamba di bulan ini (bulan Syaaban)." Al Hadis disahihkan oleh sementara periwayat hadis.
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Tahukah kamu sekalian mengapa dinamakan bulan Syaaban ?" Mereka menjawab Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. Nabi bersabda : "Kerana di dalam bulan itu banyak macam-macam kebaikan ,yang banyak sekali." Al Hadis Kitab.
Raudhotul Ulamak.
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :
"Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !"

Kata saya (Nabi Muhammad) : "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?"
Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Kitab Zubdatul Wa'idzin.
Dari Yahya bin Muaz bahawa di berkata :"Sesungguhnya di dalam kata Syaaban itu mengandungi lima huruf yang masing-masing huruf merupakan huruf singkatan kurnia kepada orang-orang beriman. 'Syin' ringkasan kata 'Syarofun wa Syafaatun' ertinya kemuliaan dan pertolongan. 'Ain' ringkasan kata 'Al Izzatu wal Karomah' ertinya keagungan dan kemuliaan. 'Bak' ringkasan kata 'Albirru' ertinya kebaikan / kebagusan. 'Alifun' ringkasan kata 'Ulfatun' ertinya rasa kasih sayang dan 'Nunun' ringkasan kata 'Nurun' ertinya cahaya." Kitab Zubdatul Wa'idzin.
Dari Siti Aisyah berkata : Semula Saya tidur bersama Nabi Muhammad SAW maka saya terbangun, saya tidak mendapatkan nabi, lalu saya menjadi bimbang dan saya mengira Beliau pergi ke salah satu isterinya di saat giliran saya. Lalu saya pun mencari beliau di rumah-rumah mereka dan ternyata tidak jumpa / tidak ada.
Kemudian saya pergi ke rumah Fatimah ra, lalu saya ketuk pintunya, maka teguran dari dalam rumah tersebut : "Siapakah yang ketuk pintu ? " Jawab saya : "Saya , Aisyah. Saya datang ke mari di saat ini untuk mencari Nabi Muhammad SAW."
Maka keluarlah Ali,Hasan,Husain dan Fatimah ra. Kata saya : "Di mana kita mencari Nabi Muhammad SAW ? "Mereka menjawab : " Mari kita cari Beliau di masjid." Kami pun semua mencari Beliau tetapi tidak menjumpai. Kata Ali ra " Mungkin Nabi pergi ke Bagi'il Ghorgqodi ( nama tempat yang di sana banyak pohon yang indah ). Maka kami semua pergi ke tempat tersebut dan pada saat itu ada sinar yang memancar ke atas dari tempat tersebut.
Kata Ali ra: " Cahaya tersebut tidak lain merupakan cahaya Nabi Muhammad SAW. Kami pun mendekatinya dan kami temui Nabi tersebut dalam keadaan sujud sambil menangis, yang tidak seorang pun yang merasakan apa yang Beliau rasakan. Dan beliau tunduk dengan tekunnya sambil mengucapkan dalam sujudnya : "Apabila Engkau menyiksa mereka, sesungguhnya mereka itu adalah hamba-hambaMu dan apabila Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana."
Ketika Fatimah mengetahui Beliau, maka dia berhenti dekat kepalanya serta mengangkat wajah Beliau dari tanah dan berkata : " Wahai ayah, apa gerangan yang menimpa engkau, apa ada musuh datang ataukah ada wahyu turun ?"
Nabi Muhammad SAW menjawab : "Ya Fatimah, tidak ada musuh yang datang dan tidak ada wahyu yang turun akan tetapi malam ini adalah malam BARO'AH (malam Nisfu Syaaban) saya memohon kepada Allah."
Dan baginda berkata pula: "Ya, Aisyah, kalau sekiranya hari Kiamat telah datang, maka saya sedang sujud dan saya mohon pertolongan kepada Allah."
Kemudian Rasulullah SAW berkata : "Apabila kamu sekalian menginginkan keredhaan maka sujudlah kamu sekalian dan tolonglah aku dengan doa dan merendah diri kepada Allah." Nabi bersabda kepada Ali ra : "Ya Ali sujudlah engkau carilah orang lain. Ya Fatimah wa Ya Aisyah sujudlah kamu berdua dan ajaklah anak-anakmu dan wanita-wanita lain." Maka mereka pun sujud dan menangis sampai fajar subuh.

Hai kaum Muslimin dan Muslimat, kamu sekalian lebih berhak untuk bertekun dan tunduk merendah diri. Kerana kita adalah manusia yang banyak dosa. Sesungguhnya Rasulullah dan keluarganya sujud dan menangisi adalah untuk kita (umatnya) Kitab Raudhotul Ulamak.
Inilah doa yang dibaca pada malam NISFU SYAABAN :
"Ya Allah, apabila Engkau mencatat namaku sebagai orang yang celaka, Engkau catat di dalam buku catatan celaka, maka padamlah dan catatlah dalam buku catatan orang yang berbahagia dan apabila Engkau mencatatkan namaku sebagai orang yang berbahagia, di dalam buku catatan bahagia, maka tetapkanlah. Maka sesungguhnya Engkau telah berfirman di dalam Kitab-Mu yang mulia. Allah menghapus dosa-dosa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa-apa yang Dia kehendaki dan disisi-Nya ada kitab yang mulia (Kitab Al-Quran) Al-Hadis."
Sunday, 16 June 2013
rindu sangat-sangat....!!!
Assalamualaikum...
Selamat bersua kembali...Lamanya tak menjengah ke dunia maya ni...banyak sangat kekangan dan ujian yang datang...nak cerita 1 demi satu kat sini..macam nak kena karang novel lak..hihihi..insyaAllah..akan umi kongsikan mana yang termampu...cerita yang paling terkini..cuti sekolah yang lalu..anak umi yang ke-3 yang umi panggil kakak selamat menjalani pembedahan tonsil..insyaallah akan umi kongsikan pengalaman tersebut supaya dapat menjadi panduan kepada sesiapa yang memerlukan..
Thursday, 25 October 2012
KELEBIHAN HARI RAYA KORBAN (YAUM AN-NAHR), 10 ZULHIJJAH.
Kebanyakan orang Islam telah lupa akan kelebihan hari
ini. Kebesaran dan kelebihan perhimpunan umat Islam yang begitu ramai dari
seluruh pelusuk dunia. Sesetengah ulama’ berpendapat hari ini ialah hari yang
paling afdhal didalam setahun sehingga melebihi hari Arafah.
Kata Ibnu Al-Qayyim: Sebaik-baik hari di sisi Allah ialah
hari Nahr, iaitu
hari Haji yang besar (Hajj Al-Akbar), seperti yang tersebut di dalam Sunan Abi
Daud [No.1765], hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya hari yang
paling besar di sisi Allah ialah hari
Nahr, kemudian hari Qar”.
(Hari Qar ialah
hari yang para jamaah haji mabit
(bermalam) di Mina iaitu hari kesebelas Zulhijjah).
Setengah ulama’ lain pula berpendapat hari Arafah lebih
afdhal kerana berpuasa pada hari itu mengampunkan dua tahun kesalahan, tidak
ada hari lain yang Allah merdekakan hamba-Nya lebih ramai daripada hari Arafah
dan pada hari itu juga Allah SWT turun menghampiri hamba-Nya dan berbangga
kepada malaikat dengan hamba-Nya yang berwukuf pada hari tersebut.
Yang lebih tepatnya ialah pendapat yang pertama (Hari Nahr), kerana hadis telah
jelas menyebutkan kelebihannya dan tidak ada yang menyalahinya.
Samada hari Nahr
atau hari Arafah yang lebih utama, hendaklah setiap muslim, yang
bermukim atau yang mengerjakan haji mengambil peluang ini dengan sepenuhnya
untuk mendapatkan kelebihan beribadat pada keduanya.
Selamat Hari Raya Eidil Adha..Maaf Zahir Batin..
Sumber: Dr.Hj.Abdul Basit bin Tuan Guru Hj.Abdul Rahman
Wednesday, 24 October 2012
Esok Bonus Bagi Mereka Yang Berpuasa
Assalamu’alaikum wbt.. dan salam hormat..
Jangan lupa puasa pada 9 Zulhijjah (esok) iaitu Hari Arafah, kerana fadhilatnya adalah bonus untuk 2 tahun iaitu diampun dosa setahun yang lalu dan dosa setahun akan datang.
Hal ini berdasarkan hadits Abu Qatadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ
“Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyura (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.” [HR. Muslim no. 1162, dari Abu Qotadah]Hadits ini menunjukkan bahawa puasa Arafah lebih utama daripada puasa ‘Asyura. Di antara alasannya, Puasa Asyura berasal daripada Nabi Musa, sedangkan puasa Arafah berasal daripada Nabi kita Muhammad shallallahu ’alaihi wa sallam.[Lihat Fathul Bari, 6/286 ]
Keutamaan puasa Arafah adalah ia akan menghapuskan dosa selama dua tahun dan dosa yang dimaksudkan di sini adalah dosa-dosa kecil. Atau boleh pula yang dimaksudkan di sini adalah diringankannya dosa besar atau ditinggikannya darjat.[Lihat Syarh Muslim, An Nawawi, 4/179, Mawqi’ Al Islam]
Akan tetapi untuk orang yang berhaji tidak dianjurkan melaksanakan puasa Arafah.
Dari Ibnu ‘Abbas, beliau berkata,
أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- أَفْطَرَ بِعَرَفَةَ وَأَرْسَلَتْ إِلَيْهِ أُمُّ الْفَضْلِ بِلَبَنٍ فَشَرِبَ
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak berpuasa ketika di Arafah. Ketika itu baginda saw diberikan minuman susu, baginda pun meminumnya.”[HR. Tirmidzi no. 750. At Tirmidzi menyatakan bahawa hadits tersebut hasan sahih. Syaikh Al Albani menyatakan bahawa hadits ini sahih ]Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar bahawa beliau ditanya mengenai puasa hari Arafah di Arafah. Beliau menyatakan,
حَجَجْتُ مَعَ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ أَبِى بَكْرٍ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُمَرَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُثْمَانَ فَلَمْ يَصُمْهُ. وَأَنَا لاَ أَصُومُهُ وَلاَ آمُرُ بِهِ وَلاَ أَنْهَى عَنْهُ
“Aku pernah berhaji bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan baginda tidak menunaikan puasa pada hari Arafah. Aku pun pernah berhaji bersama Abu Bakr, beliau pun tidak berpuasa ketika itu, begitu juga dengan Umar , beliau pun tidak berpuasa ketika itu, begitu pula dengan ‘Utsman, beliau tidak berpuasa ketika itu. Aku pun tidak mengerjakan puasa Arafah ketika itu. Aku pun tidak memerintahkan orang lain untuk melakukannya. Aku pun tidak melarang jika ada yang melakukannya.”[HR. Tirmidzi no. 751. Syaikh Al Albani menyatakan bahawa sanad hadits ini sahih ]Dari sini, yang lebih utama bagi orang yang sedang berhaji adalah tidak berpuasa ketika hari Arafah di Arafah dalam rangka meneladani Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para Khulafa’ur Rosyidin (Abu Bakr, ‘Umar dan ‘Utsman),ia juga bertujuan agar lebih menguatkan diri di dalam berdo’a dan berdzikir ketika wukuf di Arafah. Inilah pendapat majoriti ulama.[Lihat Sahih Fiqih Sunnah, Abu Malik, 2/137, Al Maktabah At Taufiqiyah ]
Selamat mengambil bonus hari esok. Jangan lepaskan peluang ini.
Sekian, terima kasih.
Sunday, 21 October 2012
awas !!editor x-ray...
Hati hati bila mempamerkan gambar
diri anda di laman sosial dan sebagainya.
Sudah terdapat kes mengubah
gambar asal untuk membuat khianat pada seseorang.
Penulis terjumpa satu entri di
sebuah blog yang mengatakan wujud aplikasi yang dikenali editor x-ray yang kononnya
boleh membogelkan orang dalam gambar (klik blog Paaduu).
Dalam erti kata lain, jika
seseorang bergambar dengan memakai pakaian lengkap, menggunakan aplikasi itu,
maka gambar dirinya boleh dijadikan tanpa memakai sebarang pakaian pula.
Ia kononnya lebih berkesan jika
dilakukan ke atas orang yang memakai baju berwarna cerah atau putih.
Lihat gambar di atas sebagai
contoh akan apa yang dimaksudkan.
Namun, harus diingati bahawa
gambar itu walaupun memperlihatkan gambar seorang wanita bertudung berjaya
dibogelkan, ia sebenarnya belum tentu sahih lagi. Mungkin ia hasil teknik
pertindihan pula.
Ini kerana, tidak tahu sama ada
aplikasi itu benar-benar berfungsi seperti yang didakwa atau hanya satu jenaka.
Persoalan ini mengingatkan
penulis kepada cermin mata x-ray yang kononnya membolehkan pemakainya melihat
wanita dalam keadaan bogel yang popular tahun 1980-an dahulu.
Namun, cermin mata itu terbukti
satu penipuan. Entah berapa ramai yang termakan penipuan seumpama itu dan rugi
duit beli cermin mata berkenaan.
Mungkin sejajar dengan
perkembangan zaman, kini wujud pula dakwaan yang kononnya gambar boleh di x-ray
sehingga orang dalam gambar berkenaan berada dalam keadaan bogel.
Meniliti beberapa klip dan
penerangan di internet, penulis mendapati memang ada aplikasi seperti yang
dinyatakan, namun ia tidak berkemampuan untuk membogelkan gambar seseorang itu.
Ia lebih kepada menjadikan
pakaian dalam seperti coli kelihatan lebih menyerlah daripada biasa.
Apalikasi itu juga tidak mampu
tembus jika wanita memakai pakaian dalam. Jika tidak pakai…maka ia boleh
menampakan susuk tubuh seseorang wanita di bahagian tertentu.
Tidaklah jelas 100 peratus, namun
cukup untuk memalukan seseorang itu.
Apa pun, yang penulis turut
tertarik dalam entri blog berkenaan ialah peringatan kepada wanita jangan
semena-mena memuat naik gambar diri mereka di laman-laman sosial seperti
Facebook.
Ada benarnya nasihat itu.
Kalau pun gambar anda tidak boleh
dibogelkan sepenuhnya, namun ia masih mampu dimanipulasi dan disalah gunakan ke
satu tahap tertentu menggunakan aplikasi seperti editor x-ray.
Jadi berhati-hatilah sedikit
dengan gambar yang ingin anda letakkan
sumber:aki2004.wordpress.com
Subscribe to:
Comments (Atom)