Followers

Sunday, 29 July 2012

5 PERKARA ORANG ISLAM PATUT TAHU BERKENAAN DENGAN KESIHATAN

Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

2. Rasulullah saw mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Wallahu A'lam

http://www.facebook.com/harlina399

Tuesday, 24 July 2012

Kelebihan solat tarawih secara saintifik

Hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.
Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:
AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh," katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.
ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tomakninah," katanya.
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.
"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain," katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif," katanya.
Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.
Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat," katanya.
Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.
Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.
"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal," katanya.
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.
Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.
- Sumber : Berita Harian

Sunday, 22 July 2012

MOTIVASI RAMADHAN


Quantcast

Oleh Badli Shah Alauddin
Aktiviti fizikal sederhana berkesan kurangkan lemak terkumpul, lambatkan proses penuaan
KAJIAN mengenai hikmah berpuasa sudah banyak dibuat bukan saja sarjana Islam bahkan pengkaji Barat seperti garapan Steve Meyerowits dalam buku Fasting and Eating for Health, Richard Schult dalam Juice Fasting, the Power of Healing dan Phyllis Balch dalam Prescription for Nutritional Healing.
Click Here
Semuanya secara tuntas membuktikan kebaikan amalan berpuasa. Selain itu, kajian mengenai kebaikan amalan bersahur juga mula dibuktikan secara ilmiah. Contohnya, kajian semasa menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam adalah sarapan.
BBC News bertarikh 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi adalah penting bagi memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati, mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung dan menghidap penyakit kencing manis.
Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan yang berkaitan dengan lebihan kadar gula dalam darah berbanding mereka yang jarang bersarapan pagi.
Kajian Dr Theresa Nieklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya terhadap 700 pelajar dari Louisiana seperti dilaporkan Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001 menunjukkan, mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah dan ini menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah).
Kini, perkembangan teknologi dan ilmu menyebabkan saintis bukan saja berjaya membuat lebih banyak kajian berkaitan manfaat puasa dan sahur, bahkan terhadap amalan tarawih yang lazim dilakukan setiap malam Ramadan.
Ketika berpuasa Ramadan, umat Islam digalakkan menunaikan ibadat solat tarawih secara berjemaah di masjid. Solat tarawih ditunaikan sama ada lapan atau 20 rakaat setiap malam sebenarnya adalah suatu aktiviti fizikal sederhana.
Secara saintifiknya, kesan aktiviti fizikal sederhana dan berpuasa terhadap komposisi badan boleh dinilai dengan menggunakan teknik bioimpedans (BIA). Kajian sekumpulan penyelidik Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya, mendapati ada beberapa kesan positif terhadap kesihatan seseorang yang bersolat tarawih.
Kajian selama 20 hari dilakukan kepada 18 peserta lelaki yang sihat tubuh badan berumur antara 19 hingga 21 tahun, dimulakan pada 30 Syaaban (Pengukuran Analisis Bioimpedans awal) dan berakhir pada 20 Ramadan (pengukuran BIA akhir).
Kajian yang dilaporkan dalam buku berjudul Solat: Kebaikan dari Perspektif Sains itu dijalankan berdasarkan standard dan saranan Persatuan Pemakanan Malaysia (PPM). Menurut PPM, untuk memastikan kesihatan berada pada tahap optimum, seseorang itu bukan hanya perlu melakukan senaman, juga menjaga pemakanan (diet).
Pergerakan fizikal dalam solat tarawih didapati meningkatkan aktiviti otot badan selari peningkatan kadar metabolisme basal (BMR) daripada nilai purata 1,455 kal kepada 1,486 kal. Juga didapati penurunan nilai jisim lemak badan (FM) sebanyak 21 peratus.
Keadaan ini sebenarnya setara aktiviti senaman aerobik sederhana dan amalan pemakanan seimbang yang boleh mengurangkan lemak badan. Penurunan nilai jisim lemak itu menunjukkan solat tarawih dan berpuasa adalah kombinasi yang boleh menghasilkan kesan sama seperti senaman aerobik sederhana dengan amalan diet seimbang.
Maka, jelas di sini solat tarawih sebenarnya berkesan untuk mengurangkan lemak yang berkumpul dalam badan. Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru akan mula meningkat dan memenuhi ruang. Hasilnya, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu.
Selain itu, solat tarawih mengurangkan nilai glukosa. Lazimnya pergerakan solat tarawih kira-kira 140 minit dalam satu sesi menurunkan kadar glukos dalam badan dengan nyata, keadaan ini sama dengan keputusan jika senaman tahap sederhana dilakukan melebihi 150 minit seminggu.
Kesan nilai komposisi badan yang lain ialah pertambahan jisim badan tanpa lemak seperti komponen sel dan tisu yang tiada lipid (lemak) termasuklah air, tulang dan tisu penghubung, menunjukkan tahap kesihatan lebih baik.
Dengan peningkatan BMR, pembakaran lemak dalam badan turut meningkat. Natijahnya, kandungan lemak dalam badan semakin berkurangan dan secara tidak langsung mengurangkan mendakan lemak dalam salur darah membolehkan kekenyalan salur darah meningkat.
Bagi sesetengah individu yang sentiasa mengeluh kerana tidak berdaya berjemaah terlalu lama semasa solat tarawih, kajian Dr Yusof Abbas menerusi bukunya Bio-Mekanik Solat sewajarnya dijadikan renungan.
Menurut beliau, kedudukan yang sempurna ketika solat seperti amalan regangan otot dan tendon secara betul ketika mengangkat takbir, meletakkan tangan di dada, ketika rukuk, sujud, duduk antara dua sujud akan memberi kesan positif kepada kesihatan.
Semua regangan yang betul ini jika dilakukan dalam tempoh lama akan meningkatkan aliran darah selain aktiviti ‘kembang kuncup’ otot pada bahagian yang terbabit. Ketika sujud, sebenarnya sudah berlaku regangan otot bahu, lengan, belakang badan, punggung, pelvik, peha dan betis.
Malah, akan berlaku juga regangan otot di sekeliling anus dan otot sekeliling pangkal kemaluan lelaki serta otot uterus wanita. Dengan kata lain, ada persamaan regangan otot ketika senaman ‘batin’ yang biasa diamalkan seperti senaman harimau atau teknik tertentu dalam gerakan yoga.
Banyak kajian jelas membuktikan solat tarawih dan berpuasa memberikan manfaat dari sudut kesihatan. Selain itu, kajian juga menunjukkan kombinasi solat tarawih dan berpuasa dari sudut kesihatan tubuh badan adalah bersamaan dengan senaman dan diet. Oleh itu, kombinasi ibadat solat tarawih dan berpuasa boleh menjadi alternatif dalam mengamalkan gaya hidup sihat serta boleh diamalkan bagi individu yang ingin menguruskan badan.

credit to: http://www.epondok.wordpress.com

Friday, 20 July 2012

Kelebihan Ramadhan secara saintifik

 

Allan Cott, M.D. (Seorang pakar dari Amerika Syarikat, bukunya Why Fast)
1 - Merasa lebih baik secara fizikal dan mental
2 - Merasa lebih muda
3 - Membersihkan badan
4 - Menurunkan tekanan darah dan kadar lemak.
5 - Lebih mampu mengendalikan seks
6 - Membuat badan sihat dengan sendirinya
7 - Mengendurkan ketegangan jiwa
8 - Menajamkan fungsi sense
9 - Memperolehi kemampuan mengendalikan diri sendiri
10- Memperlambat proses penuaan

Elson M. Haas M.D. (Direktor Medical Centre of Marin)
Elson percaya bahawa puasa adalah bahagian yang hilang dalam diet di dunia barat
1-Puasa bermanfaat sebagai: penulenan, peremajaan, istirahat pada organ pencernaan, anti penuaan, mengurangi alahan, mengurangi berat badan, mengawal mental dan emosi, perubahan kebiasaan dari kebiasaan makan yang buruk menjadi lebih seimbang dan lebih terkawall, meningkatkan daya tahan tubuh.
2-Puasa dapat mengubati penyakit seperti Influeza, bronkitis, diare, konstipasi, alahan makanan, asma, aterosklerosis, penyakit jantung koroner, hipertensi, diabetes, obesiti, kanker, epilepsi, sakit pada punggung, sakit mental, angina pectoris (sakit dada kerana jantung), panas dan insomnia.

Dennis Paulson (Pengarah “Fasting Center International, Inc” di Amerika)
*Ditubuhkan sejak 35 tahun yang lalu, dengan pesakit dari 220 negara.
*Yang mencadangkan Puasa dalam:
(1) program penurunan berat badan,
(2) mengeluarkan toxin tubuh,
(3) puasa dapat memperbaiki energy, kesihatan mental, kesihatan fizikal dan yang paling terpenting meningkatkan kualiti hidup.

Thursday, 19 July 2012

LANGSIR SMOCKING SCALLOP....

N3 kali ni umi nak berkongsi 1 pattern lagi yang umi jahit..selepas beberapa hari asyik dok perah otak mikirkan pattern langsir, akhirnya timbullah idea ni..dan..umi namakan..smocking scallop curtain..sesuai tak??ok..layan gambar-2 ni..















Corak english floral pada kain untuk body langsir...dan juga umi gunakan kain sheer seperti n3 terdahulu..
Setakat ini dahulu..jumpa lagi di n3 seterusnya..InsyaAllah..

Wednesday, 18 July 2012

DOA DHUHA



Ada perkataan yang tertinggal..baris terakhir..من عبادك الصالحين

Tuesday, 17 July 2012

Kedamaian Dhuha

Rasulullah SAW bersabda: “ Pada pagi hari, setiap tulang daripada kamu akan dihitung sebagai sedekah. Maka setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah sedekah. Semua itu cukup dengan dua rakaat yang dilaksanakan pada waktu Dhuha.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Dawud)

Niat dihati nak publishkan n3 ni pagi tadi..tapi connection plak failed..maklumlah line free..tumpang yang sekolah punya...huhu...biasalah..lepas segala ribut taufan reda..(4orang anak dah pegi sekolah daa...)..home service pun bermula..itupun kalau sikecil tak bangun lagi..elok je siap segalanya..terus ngadap laptop..ingatkan nak kongsi perasaan sikit..tup..tup..connection plak xde..

Suasana waktu dhuha ni ..terasa kelainannya..damai..bening...nak-nak lepas solat sunat dhuha...terasa dekat ngan Pencipta..tiada gangguan..Terlalu banyak kelebihan solat sunat Dhuha..Semestinya setiap ibadah dijanjikan Allah pahalanya..Lepas solat..baca doanya..Umi dah hafal doanya..tapi dalam bentuk nasyid..sebabnya hari-hari tengok nasyid Doa Dhuha di TV AlHijrah..Terima kasih kepada kumpulan nasyid UNIC dan TVAlHijrah..Syabas!!!

Mari kita sama-sama nikmati kebeningan suasana waktu dhuha sekitar pukul 8.45 pagi..


InsyaAllah..n3 akan datang,umi akan masukkan doa dhuha untuk manfaat kita bersama..
Sehingga bertemu lagi..wassalam..
.

Monday, 16 July 2012

Tazkirah Dhuha

Harta yang paling untung adalah SABAR..
Teman yang paling akrab adalah AMAL..
Pengawal yang paling waspada adalah DIAM..
Bahasa yang paling indah adalah SENYUM..

Sama-samalah kita muhasabah diri...

Friday, 13 July 2012

Baiti Jannati

Assalamualaikum...Ahlan Wasahlan..Hmm..Hari ni Umi nak berkongsi gambar-gambar langsir yang Umi jahit sendiri..Umibukannyer pakar dalam bab jahit-menjahit ni..try n error je..Umi mengalu-alukan komen yang membina daripada kengkawan ..Harap maaf..gambar blur je..snap ngan handset..camera rosak..tak sempat nak hantar kedai lagi..Dah excited sangat nak share gambar-gambar ni..InsyaAllah..Umi akan upload gambar yang ok nanti..


Scallop tu Umi guna kain satin paling murah..RM2.50/m..kainnya agak kasar..susah gak nak membentuk scallop..saja nak try guna kain ni..jadi Umi nasihatkan agar kengkawan jangan guna kain jenis ni untuk buat scallop...Umi guna kain jc untuk buat scallop kat langsir dalam bilik..eloook je beralun...
Untuk body langsir ni..Umi guna kain sheer..RM3.90/m..supaya cahaya dapat menembusi dan ruang juga nampak agak luas..maklumlah Umi duduk kat kuarters warden asrama sekolah..tingkat 2 plak tu...



                                    
                                     
Kain yang digunakan untuk buat pelmet..kain ni murah jer...RM2.80/m.. beli kat kedai Salem Aziz Textiles,Kelantan..janji bunganya english style ..huhu..Kain ni jenis yang lembik..agak susah gak nak jahit..kena jahit ngan kain gam..barulah keras n tegak sikit...



Langsir Double smocking box pleat menghiasi entrance ke dapur..


A thing of beauty is a joy forever, its loveliness increases, it will never pass into nothingness but still will keep a bower quiet for us, and a sleep full of sweet dreams,health, and quiet breathing...


~ John Keats~