Hati hati bila mempamerkan gambar
diri anda di laman sosial dan sebagainya.
Sudah terdapat kes mengubah
gambar asal untuk membuat khianat pada seseorang.
Penulis terjumpa satu entri di
sebuah blog yang mengatakan wujud aplikasi yang dikenali editor x-ray yang kononnya
boleh membogelkan orang dalam gambar (klik blog Paaduu).
Dalam erti kata lain, jika
seseorang bergambar dengan memakai pakaian lengkap, menggunakan aplikasi itu,
maka gambar dirinya boleh dijadikan tanpa memakai sebarang pakaian pula.
Ia kononnya lebih berkesan jika
dilakukan ke atas orang yang memakai baju berwarna cerah atau putih.
Lihat gambar di atas sebagai
contoh akan apa yang dimaksudkan.
Namun, harus diingati bahawa
gambar itu walaupun memperlihatkan gambar seorang wanita bertudung berjaya
dibogelkan, ia sebenarnya belum tentu sahih lagi. Mungkin ia hasil teknik
pertindihan pula.
Ini kerana, tidak tahu sama ada
aplikasi itu benar-benar berfungsi seperti yang didakwa atau hanya satu jenaka.
Persoalan ini mengingatkan
penulis kepada cermin mata x-ray yang kononnya membolehkan pemakainya melihat
wanita dalam keadaan bogel yang popular tahun 1980-an dahulu.
Namun, cermin mata itu terbukti
satu penipuan. Entah berapa ramai yang termakan penipuan seumpama itu dan rugi
duit beli cermin mata berkenaan.
Mungkin sejajar dengan
perkembangan zaman, kini wujud pula dakwaan yang kononnya gambar boleh di x-ray
sehingga orang dalam gambar berkenaan berada dalam keadaan bogel.
Meniliti beberapa klip dan
penerangan di internet, penulis mendapati memang ada aplikasi seperti yang
dinyatakan, namun ia tidak berkemampuan untuk membogelkan gambar seseorang itu.
Ia lebih kepada menjadikan
pakaian dalam seperti coli kelihatan lebih menyerlah daripada biasa.
Apalikasi itu juga tidak mampu
tembus jika wanita memakai pakaian dalam. Jika tidak pakai…maka ia boleh
menampakan susuk tubuh seseorang wanita di bahagian tertentu.
Tidaklah jelas 100 peratus, namun
cukup untuk memalukan seseorang itu.
Apa pun, yang penulis turut
tertarik dalam entri blog berkenaan ialah peringatan kepada wanita jangan
semena-mena memuat naik gambar diri mereka di laman-laman sosial seperti
Facebook.
Ada benarnya nasihat itu.
Kalau pun gambar anda tidak boleh
dibogelkan sepenuhnya, namun ia masih mampu dimanipulasi dan disalah gunakan ke
satu tahap tertentu menggunakan aplikasi seperti editor x-ray.
Jadi berhati-hatilah sedikit
dengan gambar yang ingin anda letakkan
sumber:aki2004.wordpress.com
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komentar anda.Segala komen adalah tanggungjawab anda.