Siapa kata menangis tak ada
gunanya? Jika selalu sangat menangis sememang boleh membuatkan mata anda menjadi
merah dan bengkak. Tapi jangan salah, menangis dan mengeluarkan air mata
ternyata boleh menjadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh badan dan
fikiran. Disunting dari Beliefnet, ini dia 7 keajaiban yang boleh anda dapatkan
setelah menangis dan berair mata.
1. Membantu
Penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi
bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah
dehidrasi mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.
2.
Membunuh Bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang
berfungsi sebagai antibakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair
yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus
bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga,
bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5
minit.
3. Meningkatkan Mood
Seseorang yang menangis boleh
menurunkan level depresi kerana dengan menangis, mood seseorang akan menaik
kembali. Air mata yang dihasilkan dari jenis menangis kerana emosi mengandungi
24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme
tubuh berbanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.
4.
Mengeluarkan Racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah
melakukan beberapa kajian tentang air mata dan mendapati bahawa air mata yang
keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi
jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa
racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan melalui mata.
5. Mengurangkan
Stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata ternyata
juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin
leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga
membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan
darah tinggi.
6. Membangun Komuniti
Selain baik untuk kesihatan
fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membina sebuah komuniti.
Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan
teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh
meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.
7. Melegakan
Perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera
pelbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul
perasaan lega dan tenang.
Setelah menangis, sistem limbik, otak dan
jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan
lega. Keluarkanlah masalah di fikiran ada semasa menangis, jangan dipendam
kerana anda boleh menangis sepuas-puasnya.
AAP - Jadi, tidak salahnya
jikalau sekali sekala kita menangis bagi membuang bahan-bahan beracun didalam
badan :)
Wassalam, Wa'allahhualam.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komentar anda.Segala komen adalah tanggungjawab anda.