Assalamualaikum..w.b.t..
Hari ini 3 Zulhijjah 1433H.. Umi ingin kongsikan ilmu dengan kawan-kawan semua.. yang disampaikan oleh Dr.Hj.Abdul Basit bin Tuan Guru Hj.Abdul Rahman..Beliau merupakan mudir Pondok Sungai Durian yang terkenal di Kelantan.
Sabda Rasulullah s.a.w :Maksudnya: “Apabila masuk sepuluh terawal bulan
Zulhijjah dan seseorang itu telah berniat untuk menunaikan ibadat korban, maka
janganlah dia membuang (memotong) bulu dan kukunya.” [HR Muslim].
Kata Imam
Nawawi rhm: “Para ulama’ berbeza pendapat tentang hukum hadis ini,
Imam Ahmad dan sebahagian ulama’ Syafei mengatakan haram perbuatan
menghilangkan bulu tadi, tetapi Imam Syafei dan ulama’nya yang lain mengatakan
ia adalah makruh tanzih (iaitu makruh yang sangat besar dan hampir kepada haram).” [Syarah Sahih Muslim].
Maka sebaik-baiknya
bagi kita adalah mengelakkan perkara tersebut dan melakukan persedian pada
awalnya lagi untuk menghadapi larangan yang besar ini.
Akhirnya,
sama-samalah kita berdoa semoga kita dipilih oleh Allah untuk termasuk ke dalam
golongan mereka yang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Sekian, wassalam.
وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه
أجمعين.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komentar anda.Segala komen adalah tanggungjawab anda.