Prof Leopold
Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria,
menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta
yang sangat mengejutkan.
Bahawa
pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di
sebelah dahi, tangan, dan kaki.
Pusat-pusat
saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah
di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia
mencadangkan agar wudhuk bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi
untuk umat manusia secara keseluruhan.
Dengan sentiasa
membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan
memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya.
Pada akhirnya
Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf
Ehrenfels.
Ulama Fekah
juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara
kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu,
seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak
bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau
anggota badan itu yang harus dibasuh.
Ulama tasawuf
menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh
air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang
pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita.
Banyak
pancaindera tersimpul di bahagian muka.
Berapa orang
yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki,
dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja
yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja
yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?
Tegasnya,
anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk
melakukan dosa.
Organ tubuh
yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat Al-Maidah :Ayat 6, adalah
wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.
Dalam hadis
riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa
yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga
yang berkaitan bersih dari dosa.
Kalangan ulama
melarang mengeringkan air wudhuk dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu
dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu
itu (ma’a akhir qathr al-ma’).
Wudhu dalam
Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya
tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah
(pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan
keabsahan wudhunya.
Yang paling
penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya
diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya
kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.
Wudhu sendiri
akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra
wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komentar anda.Segala komen adalah tanggungjawab anda.